Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Undang-Undang Gred L41SPA. Adakah berminat untuk menceburi pekerjaan dalambidang Syariah? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Undang-Undang Gred L41 beserta tangga gaji? Jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Undang-Undang Gred L41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Undang-Undang Gred L41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Undang-Undang Gred L41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Undang-Undang Gred L41 SPA
Antara tanggungjawab Pegawai Undang-Undang Gred L41 adalah seperti berikut:
- Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Jadual Gaji Pegawai Undang-Undang Gred L41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Undang-Undang Gred L41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,418.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,607.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Undang-Undang Gred L41
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatanatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred LS41 iaitu RM2,418.00); atau
- Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) (Gaji awal bermula pada Gred LS41 iaitu RM2,418.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, bergantung kepadakekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Undang-undang Gred L41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.