Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Teknologi Makanan Gred C41? Sekiranya andaberkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan pemakanan menarik minat anda, maka jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 yang memaparkan syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 : Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan syarat lantikan dan kelayakan serta deskripsi tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Secara asasnya, seorang Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
- Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis risiko keselamatan makanan,codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS.
Jadual Gaji Pegawai Teknologi Makanan Gred C41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
- GAJI MINIMUM : RM 2,317.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,620.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Syarat Lantikan beserta gaji dan deskripsi tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 ini dapat memberi manfaat.