Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai TadbirSPA Gred N41. Berminat untuk bekerja disektor awam sebagai Pegawai Tadbir Gred N41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan pentadbiran sesuai dengan jiwa anda. Maka jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Tadbir Gred N41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan dan jadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosongsebagai Pegawai Tadbir Gred N41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Pegawai Tadbir Gred N41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Tadbir Gred N41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Gred N41
Diantara tanggungjawab dan skop kerja Pegawai Tadbir adalah seperti berikut :-
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Juga bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.
Jadual Gaji Pegawai Tadbir Gred N41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Tadbir Gred N41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- GAJI MINIMUM : RM 2,080.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,546.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Pegawai Tadbir
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Tadbir Gred N41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred N41 iaitu RM2,080.00); atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred N41 iaitu RM 2,283.43);
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Pegawai Tadbir Gred N41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Pegawai Tadbir.