Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Syariah Gred LS41SPA. Adakah berminat untuk menceburi pekerjaan dalam bidang Syariah? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Syariah Gred LS41 beserta tangga gaji? Jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Syariah Gred LS41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Syariah Gred LS41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Syariah Gred LS41 termasukjadual gajiminimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Syariah Gred LS41 SPA
Antara tanggungjawab Pegawai Syariah Gred LS41 adalah seperti berikut:
- Bertugas mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan ‘ground of judgement’ kes-kes rayuan, membuatlaporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji Pegawai Syariah Gred LS41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Syariah Gred LS41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,418.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,607.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Syariah Gred LS41
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Syariah Gred LS41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred LS41 iaitu RM2,418.00); atau
- ijazah sarjana muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred LS41 iaitu RM2,418.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Syariah Gred LS41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.