Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Siasatan Gred P41 SPA. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Siasatan? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan bahasa menarik minat anda, maka jawatan Pegawai Siasatan Gred P41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Siasatan Gred P41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan dan jadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Siasatan Gred P41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Pegawai Siasatan Gred P41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Siasatan Gred P41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Siasatan Gred P41
Diantara tanggungjawab dan skop kerja Pegawai Siasatan Gred P41 adalah seperti berikut :-
- Tugas-tugas merangkumi aspek Siasatan, Perisikan, Pendidikan Masyarakat, Pemeriksaan dan Perundingan, Perundangan dan Pendakwaan, Penyelidikan dan Perancangan, Latihan, Keselamatan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am.
Jadual Gaji Pegawai Siasatan Gred P41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Siasatan Gred P41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
GRED | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
P29 | RM1,824.00 | RM5,801.00 | RM150.00 |
P31 | RM3,159.00 | RM6,503.00 | RM170.00 |
P37 | RM3,817.00 | RM8,141.00 | RM200.00 |
P41 | RM2,502.00 | RM9,803.00 | RM230.00 |
P43 | RM4,009.00 | RM10,908.00 | RM255.00 |
P47 | RM5,374.00 | RM12,078.00 | RM275.00 |
P51 | RM6,108.00 | RM12,768.00 | RM295.00 |
P53 | RM6,878.00 | RM13,568.00 | RM325.00 |
Syarat Lantikan Pegawai Siasatan Gred P41
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Pegawai Siasatan Gred P41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred P29 iaitu RM1,824.00); atau
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred P29 iaitu RM1,863.82).
d) KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SIASATAN GRED P41
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred P41 iaitu RM2,502.00); atau - ijazah sarjana muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred P41 iaitu RM2,616.65); atau - ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred P41 iaitu RM2,732.18); atau - ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred P41 iaitu RM2,963.24); atau - Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred P41 iaitu RM2,963.24); atau
- ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred P41 iaitu RM3,078.77); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred P41 iaitu RM3,194.30).
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE GRED P43,P47,P51 ATAU P53
- Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenan bagi lantikan terus ke Gred P43, P47, P51 atau P53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan syarat Bahasa Melayu; dan
- mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred P43 : RM4,009.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred P47 : RM5,374.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred P51 : RM6,108.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred P53 : RM6,878.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: Portal Rasmi SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Pegawai Siasatan Gred P41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Pegawai Siasatan Gred P41.