Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Sains Gred C41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan alam sekitar menarik minat anda, maka jawatan Pegawai Sains Gred C41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41 yang memaparkan syarat lantikan dan jadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Sains Gred C41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41 SPA
Berikut adalah senarai deskripsi tugas Pegawai Sains Gred C41.
- Bertanggungjawab dalam pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan dalam skop perolehan. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar tahun akhir berjalan dengan lancar. Mengurus pengoperasian kerja lapangan kakitangan bawah seliaan mengikut prosedur. Memastikan pengurusan kawalan kualiti dilaksanakan. Merancang pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi.
- Merancang dan mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia
Jadual Gaji Dan Syarat Lantikan Pegawai Sains Gred C41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Sains Gred C41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
- GAJI MINIMUM : RM 2,317.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,620.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Pegawai Sains
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Sains Gred C41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- (a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- (b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PECAHAN BIDANG
Kementerian Kesihatan Malaysia –
- Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
- Kimia Hayat – bidang Biokimia
- Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
- Embriologi – Biologi, Genetik
- Forensik – Sains Forensik
- Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
- Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
- Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
- Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin
Sumber SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41 beserta gaji dan deskripsi tugas ini dapat memberi manfaat.