Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Psikologi Gred S41SPA. Adakah berminat untuk menceburipekerjaan dalam bidang Psikologi? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Psikologi Gred S41 beserta tangga gaji? Jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisijawatan kosong sebagai Pegawai Psikologi Gred S41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Psikologi Gred S41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Psikologi Gred S41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Psikologi SPA Gred S41
Antara tanggungjawab Pegawai Psikologi Gred S41 adalah seperti berikut:
- Bertugas merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Pegawai Psikologi Gred S41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Psikologi Gred S41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,078.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,544.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Psikologi
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86); atau
- ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatanatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86); atau
- ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,690.32); atau
- ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,997.32)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Psikologi Gred S41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.