Senarai Tugas Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41SPA Beserta Gaji. Adakah hal berkaitanpertahanan awammenarik minat anda? Sekiranya begitu, jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 ini merupakan di antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan Ijazah/Sarjana/PHD. Apakah skop kerja atau deskripsi tugas Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41?
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 secara rasmi. Anda boleh boleh melakukan pendaftaran pekerjaandengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Antara tanggungjawab Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 adalah seperti berikut:
- Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Pertahanan Awam
Jadual Gaji Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,081.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,547.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP41 iaitu RM2,081.00);atau
- pernah menjadi anggota polis atau tentera berpangkat tidak kurang daripada Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya. Juga telah disahkan dalam jawatan tersebut serta memiliki rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji awal bermula pada Gred KP41 iaitu RM2,081.00); atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP41 iaitu RM 2,285.00).
Syarat Fizikal
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
- berat badan 48 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber:SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.