Senarai Tugas Pegawai Penilaian Gred W41SPA Dan Gaji. Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalambidang penilaian dan ingin tahu apakah deskripsi tugas Pegawai Penilaian beserta tangga gajinya, cubalah memohon jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 SPA kerana jawatan ini mungkin sesuai untuk anda. Jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisijawatan kosong sebagai Pegawai Penilaian Gred W41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 termasukjadual gajiminimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian SPA Gred W41
Antara tanggungjawab Pegawai Penilaian Gred W41 adalah seperti berikut:
- Tugas utama ialah membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itumenyelia dan melatih kakitangan bawahan.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Jadual Gaji Pegawai Penilaian Gred W41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Penilaian Gred W41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,094.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,585.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Penilaian Gred W41.
1. Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM2,508.29).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c);
- lulus Peperiksaan Ikhtisas Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua.