Sekiranya anda mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan jentera atau automotif, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29. Jawatan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 buat rujukan mereka yang berminat.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 SPA
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
- Pemeriksa Kereta Motor menjalankan tugas membuat pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.
Jadual Gaji Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29
Kumpulan : Pelaksana/Pengurusan Dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1, 534.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 5, 707.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,534.00); atau - diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,943.57);
- sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- d) memiliki Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 dan Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun.
dan - e) lulus ujian-ujian fizikal yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian syarat lantikan dan deskripsi tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini.