Deskripsi Tugas Pegawai Optometri Gred U41SPA Beserta Gaji. Sekiranya berkerja dalam bidang optometri menarik minat anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pegawai Optometri Gred U41. Jawatan Pegawai Optometri Gred U41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Optometri Gred U41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkanpendaftaran pekerjaan di Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Optometri Gred U41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Optometri Gred U41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Pegawai Optometri adalah seperti berikut:
- Menjalankan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptics), perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur ‘K-Reading’ dan ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji Pegawai Optometri Gred U41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Optometri Gred U41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2, 429.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 656.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Optometri Gred U41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda Optometri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred U41 iaitu RM2, 429.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Pegawai Optometri Gred U41 ini dapat memberi manfaat.