Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Meteorologi Gred C41? Sekiranya andaberkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan Meteorologi menarik minat anda, maka jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan Syarat Lantikan Pegawai Meteorologi Gred C41 yang memaparkan syarat lantikan dan jadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Meteorologi Gred C41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 : Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan syarat lantikan dan kelayakan serta deskripsi tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Pegawai Meteorologi Gred C41 : Gaji Dan Syarat Lantikan | |||
Secara asasnya, seorang Pegawai Meteorologi Gred C41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :- | |||
|
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Meteorologi Gred C41 adalah seperti di bawah
Jadual Gaji Pegawai Meteorologi Gred C41 | |||
Kumpulan | Pengurusan dan Profesional | ||
Kem/Jab | Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) | ||
Gaji Minimum | RM 2,317.00 | ||
Gaji Maksimum | RM 9,620.00 | ||
Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun | RM 225.00 |
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41
Syarat Lantikan Pegawai Meteorologi | |
1. Secara asasnya, seorang Pegawai Meteorologi Gred C41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :- | |
a) | Mempunyai kewarganegaraan Malaysia; |
b) | Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan |
c) | i) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains atmosfera atau oseanografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00); atau |
ii) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang matematik, fizik atau geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00); atau | |
iii) Ijazah sarjana dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,835.35); atau | |
iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM3,146.69) |
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu | |||
2. Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya |
Berikut adalah maklumat syarat peningkatan jawatan secara lantikan
Syarat Peningkatan Secara Lantikan | |||
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Meteorologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan | |||
a) | Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan | ||
b) | Had umur pelantikan: | ||
c) | i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau | ||
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau | |||
iii) Kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun | |||
SUMBER | SPA |
Semoga perkongsian Syarat Lantikan beserta gaji dan deskripsi tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 ini dapat memberi manfaat. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.