Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Laut Gred AL41SPA. Berminat untuk bekerja disektor awam sebagai Pegawai Laut Gred AL41? Sekiranya andaberkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitanmaritim sesuai dengan jiwa anda, maka jawatan Pegawai Laut Gred AL41 merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Laut Gred AL41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Laut Gred AL41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Pegawai Laut Gred AL41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Laut Gred AL41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Laut Gred E41
Diantara tanggungjawab dan skop kerja Pegawai Laut Gred AL41 adalah seperti berikut :-
- Bertugas menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.
Jadual Gaji Pegawai Laut Gred AL41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Laut Gred AL41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- GAJI MINIMUM : RM 2,429.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,637.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Pegawai Tadbir
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Laut Gred AL41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM2,429.00); atau
- ijazah sarjana muda dalam bidang nautical studies yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM 2,531.88); atau
- ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM 2,531.88); atau
- ijazah dalam bidang arkitek laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM 2,739.43); atau
- Chief Mate of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM 2,739.43); atau
- SecondEngineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM 2,739.43); atau
- Master of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM 3,154.55); atau
- Chief Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AL41 iaitu RM 3,154.55).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Laut adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Laut Gred AL41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Pegawai Laut Gred AL41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong ini.