Syarat Lantikan Dan Senarai Tugas Pegawai Kewangan Gred W41SPA. Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalam bidang kewangan , cubalah memohon jawatan Pegawai Kewangan Gred W41 SPA kerana jawatan ini mungkin sesuai untuk anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Kewangan Gred W41 beserta dengan maklumat jadual Gaji dan syarat lantikan.
Jawatan Pegawai Kewangan Gred W41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Kewangan Gred W41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Lantikan Dan Deskripsi Tugas Pegawai Kewangan Gred W41 Dan Gaji
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Kewangan Gred W41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menyelaras dan menyelenggara fungsi-fungsi mengenai urusan pembayaran gaji, elaun kerja lebih masa dan tuntutan panjar wang runcit staf. Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kewangan serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pelaburan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan iaitu menguruskan perolehan dan pembayaran, mengawal peruntukan, meluluskan pemindahan imbuhan, meluluskan permohonan perbelanjaan, mengurus, mengawal dan
memantau pelaburan, mengawal dan memantau pengeluaran cek dan panjar wang runcit, memantau pertanyaan audit dan mengawal harta dan inventori pejabat.
Juga bertanggungjawab menyelaras pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Akaun dan Aliran Tunai serta
menyelia dan mengaplikasi Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan Akta-Akta yang sedang berkuat kuasa dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Juruaudit Gred W41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Kewangan Gred W41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,094.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,585.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Juruaudit Gred W41.
1. Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM2,094.00)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM2,300.73); atau
- ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM2,819.63); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM2,819.63); atau
- ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM2,923.41); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM3,027.19)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kewangan Gred W41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Kewangan Gred W41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua.