Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Kesatria Gred S41SPA. Adakah berminat untuk bekerja sebagai seorangPegawai Kesatria? Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Kesatria Gred S41 besertatangga gaji? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Kesatria Gred S41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Pegawai Kesatria Gred S41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Kesatria Gred S41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Kesatria Gred S41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Kesatria Gred S41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Kesatria SPA Gred S41
Antara tanggungjawab Pegawai Kesatria Gred S41 adalah seperti berikut:
- Bertugas merancang,mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad pasukan pancaragam atau muzik dan menguatkuasakan disiplin pelatih.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Pegawai Kesatria Gred S41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Kesatria Gred S41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,078.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,544.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Kesatria
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Kesatria Gred S41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,078.00)
- bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan Tentera Malaysia atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,078.00)
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86).
Syarat fizikal:
- tinggi tidak kurang dari 1.57 meter untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa bersepatu;
- berat badan tidak kurang dari 48 kilogram untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki 79 sentimeter atau lebih ukuran dada yang biasa serta 84 sentimeter sewaktu menghela nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai kaca mata;
- mengenali warna dan bunyi dengan baik; dan
- diperiksa serta diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kesatria adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kesatria Gred S41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Kesatria Gred S41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.