Panduan buat mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam. Bagi mereka yang memiliki pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Jawatan Pegawai Kebudayaan merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai skop kerja dan deskripsi Tugas Pegawai Kebudayaan B19 Hingga B53 beserta jadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pegawai Kebudayaan SPA, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Pegawai Kebudayaan Gred B19 B21 B25 B29/B30 B31 B37 B41 B43 B47 B51 B53
Berikut merupakan Deskripsi Tugas Pegawai Kebudayaan iaitu senarai kerja atau skop kerja.
- Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program kebudayaan dan kesenian di peringkat kementerian, negeri dan antarabangsa.
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Jadual Gaji Pegawai Kebudayaan
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Kebudayaan.
Syarat Lantikan – Pegawai Kebudayaan
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pegawai Kebudayaan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Pegawai Kebudayaan Gred B19
c)
- i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau - ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau
- iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,418.12); atau
- iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,476.24).
Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Pegawai Kebudayaan Gred B29
d)
- i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau - ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
- iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
- iv) diploma dalam bidang fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,777.78).
Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Pegawai Kebudayaan Gred B41
e)
- i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan.
(Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,095.00); atau - ii) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,302.30).
- iii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,302.30).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv),1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) atau 1(e) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUFOTOGRAFI GRED B21 ATAU B25
3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c) dan 2; dan
(b)
- (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- (Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 / Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUFOTOGRAFI GRED B31 ATAU B37
4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d) dan 2; dan
(b)
- (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- (Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00).
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B41
5. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Artis Budaya Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan::
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(e); dan
(b) had umur pelantikan:
- (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- (ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- (iii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- (iv) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B43, B47, B51 ATAU B53
6. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(e) dan 2; dan
(b)
- (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- (Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00).
Syarat Ujian Khas
- Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
Untuk maklumat lanjut senarai tugas dan gaji seorang Pegawai Kebudayaan sila rujuk di Portal Rasmi SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Kebudayaan beserta gaji ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Daftarlah dengan segera dan semoga berjaya.