Skop Kerja Pegawai Farmasi Gred UF41 Gred J41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja dalam bidang perubatansektor perkhidmatan awam (SPA)? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41 SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda tertanya-tanya tentang deskripsi tugas Pegawai Farmasi Gred UF41 besertatangga gaji? Jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalamIjazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Farmasi Gred UF41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41 Dan Gaji
Secara asasnya, seorang Pegawai Farmasi Gred UF41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
- Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau
- Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankanaktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
- Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan – menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.
Maklumat jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji Pegawai Farmasi Gred UF41
- Gaji Minimum : RM2,740.00
- Gaji Maksimum : RM9,656.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan Pegawai Farmasi Gred UF41
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Pegawai Farmasi Gred UF41.
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- (a) warganegara Malaysia;
- (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- (c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred J41 iaitu RM2,740.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkatSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan lulus Peperiksaan Certificate of Competency anjuran Lembaga Juruukur Tanah; dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.