Senarai Tugas Dan Gaji Ehwal Ekonomi Gred E41SPA. Berminat untuk bekerja di sektor awamsebagai Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41? Sekiranya andaberkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan ekonomi sesuai dengan jiwa anda, maka jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikandan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Deskripsi Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Diantara tanggungjawab dan skop kerja Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 adalah seperti berikut :-
- Bertugas menjalankan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Juga memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.
Jadual Gaji Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- GAJI MINIMUM : RM 2,083.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,549.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Pegawai Tadbir
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM2,083.00); atau
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,286.57);
- ijazah sarjana muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,490.99);
- ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,797.62);
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,797.62);
- ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,899.83)
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia . (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 3,002.03)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c);
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Pegawai Ehwal Ekonomi.