Skop Kerja Pegawai Dietetik Gred U41SPA Beserta Gaji. Sekiranya bidang kesihatan menarik minat anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pegawai Dietetik. Jawatan Pegawai Dietetik Gred U41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Dietetik Gred U41 Dan Gaji buat panduan pemohon jawatan ini.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Dietetik Gred U41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Dietetik Gred U41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Dietetik Gred U41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Pegawai Dietetik adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal
- Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation untuk setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
- Perkhidmatan Dietetik Komuniti
- Menyumbang kepada program atau aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
- Penyediaan Perkhidmatan Makanan
- Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
- Latihan
- Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
- Memberi perkhidmatan pemakanan atau diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji Pegawai Dietetik Gred U41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Dietetik Gred U41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2, 429.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 656.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Dietetik Gred U41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains kepujian dalam bidang dietetik, pemakanan atau sains pemakanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred U41 iaitu RM2, 429.00)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi rumah tangga (home economics) serta memiliki diploma pasca siswazah dalam bidang dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred U41 iaitu RM2, 429.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Pegawai Dietetik Gred U41 ini dapat memberi manfaat.