Syarat Kelayakan Pegawai Berita Gred S41SPA Dan Gaji . Adakah anda berminat untuk bekerja sebagai seorang Pegawai Berita? Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Berita Gred S41 beserta tangga gaji. Jika berminat, cubalah memohon jawatan Pegawai Berita Gred S41 di SPA ini kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Berita Gred S41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Berita Gred S41 SPA Dan Tangga Gaji
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Berita Gred S41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Ringkasan Skop Kerja/ Tugas
Mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan (contoh: Berita Harian, Utusan, NSTP) daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat.
Aspek Pemberitaan
- a. Mengumpul dan memproses berita-berita am, ekonomi,sukan dan lain-lain.
- b. Menyediakan laporan berita
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Pegawai Berita Gred S41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Berita Gred S41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,078.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,544.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Berita
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Berita Gred S41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,078.00)
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Wartawan atau Jurufotografi Gred B29/30, B31/31, B37/38, B39/40 adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Berita Gred S41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: Portal Rasmi SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Berita Gred S41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.