Tugas Merinyu Tali Air Gred J19 SPA Dan Gaji. Sekiranya anda berminat untuk menceburi sektor pertanian kerajaan, jawatan Merinyu Tali Air Gred J19 mungkin sesuai untuk anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Merinyu Tali Air Gred J19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Merinyu Tali Air Gred J19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera.
Deskripsi Tugas Merinyu Tali Air Gred J19
Tugas Merinyu Tali Air Gred J19 adalah:
- Bertanggungjawab kepada Pembantu Teknik bagi pemeliharaan dan pengendalian semua skim-skim tali air di bawah kawalannya
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian
Jadual Gaji Merinyu Tali Air Gred J19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Merinyu Tali Air J19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Merinyu.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred J19 iaitu RM1,377.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred J19 iaitu RM1,435.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred J19 iaitu RM1,493.24).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian jawatan Merinyu Tali Air J19 ini dapat membantu para pemohon. Selamat maju jaya kepada semua.