Skop Kerja Juruukur Gred J41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam (SPA)? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Juruukur Gred J41 SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda tertanya-tanya tentang deskripsi tugas Juruukur Gred J41 besertatangga gaji? Jawatan Juruukur Gred J41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juruukur Gred J41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Juruukur Gred J41 Dan Gaji
Secara asasnya, seorang Juruukur Gred J41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
- Bertugas menjalankan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua untuk tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan, ukuran siasatan kejituan, memberi latihan, menyediakan laporan dan penyata kerja pasukan kerja dan lain-lain kerja pentadbiran yang berkenaan dengan Jabatan.
Maklumat jawatan Juruukur Gred J41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar / Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Jadual Gaji Juruukur Gred J41
- Gaji Minimum : RM2,529.00
- Gaji Maksimum : RM9,643.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan Juruukur Gred J41
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Juruukur Gred J41.
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- (a) warganegara Malaysia;
- (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- (c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred J41 iaitu RM2,529.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkatSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan lulus Peperiksaan Certificate of Competency anjuran Lembaga Juruukur Tanah; dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Juruukur Gred J41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.