Deskripsi Tugas Juruukur Bahan Gred J41 SPA

Deskripsi Tugas Juruukur Bahan Gred J41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja dalamsektor perkhidmatan awam (SPA)? Pernahkah anda mendengar tentang jawatan Juruukur Bahan? Apakah anda tertanya-tanya tentang deskripsi tugas Juruukur Bahan Gred J41 beserta tangga gajinya? Sekiranya begitu, kami ada jawapannya di sini. Jawatan Juruukur Bahan Gred J41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalamIjazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juruukur Bahan Gred J41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Juruukur Bahan Gred J41 SPA

Deskripsi Tugas Juruukur Bahan Gred J41 Dan Gaji

Secara asasnya, seorang Juruukur Bahan Gred J41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-

  • Melakukan tugas-tugas penilaianukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Maklumat jawatan Juruukur Bahan Gred J41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Gaji Juruukur Bahan Gred J41

  • Gaji Minimum : RM2,529.00
  • Gaji Maksimum : RM9,643.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan Juruukur Bahan Gred J41

Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Juruukur Bahan Gred J41;

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • (a) warganegara Malaysia;
  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • (c) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred J41 iaitu RM2,529.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan PenolongJuruukur Bahan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatanJuruukur Bahan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)

  • i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • ii. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b)

  • had umur pelantikan:
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Juruukur Bahan Gred J41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives