Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 beserta maklumat jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Juruteknologi Pergigian Gred U29, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 SPA Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Juruteknologi Pergigian adalah seperti berikut:Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut :
- Prostetik
- Dentur Penuh
- Dentur Sebahagian
- Konservatif
- Korona
- Inlai
- Onlai
- Jambatan (Bridge)
- Ortodontik
- Aplians Boleh Tanggal
- Aplians Fungsi
- Komponen-komponen Aplians Tetap
- Maksilofasial
- Obturator
- Splin
- Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
- Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
- Penambahan Unit Aplians
- Lapis Semula (Relining)
- Landas Semula (Rebasing)
- Mereplika dentur penuh
- Merekabentuk Aplians
Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu. - Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
- Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
- Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
- Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
- Pengurusan
- Kelengkapan Pergigian
- Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
- Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
- Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’
- Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
- Memberi khidmat nasihat teknikal.
- Stor
- Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’.
- Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
- Kelengkapan Pergigian
Jadual Gaji Juruteknologi Pergigian Gred U29
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruteknologi Pergigian Gred U29 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1, 797.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 5,753.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- Diploma dalam bidang teknologi pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 ini dapat memberi manfaat.