Syarat Permohonan Juruteknologi Makmal Perubatan SPA. Adakah hal berkaitan perubatan menarik minat anda? Sekiranya begitu, Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan mungkin dapat menepati citarasa anda. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan ini merupakan antaralatihan separa perubatan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Apakah Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan?
Sekiranya anda berminat dengan program Separa Perubatan SPA8i 2018 dan belum membuat pendaftaran pekerjaan, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar akaun baru SPA8i. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (Latihan Separa Perubatan)
Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan memfokuskan kepada kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya. Selain itu bidang tugasnya juga membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang. Kerjaya seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka yang mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan.
Deskripsi Tugas : Juruteknologi Makmal Perubatan memberi khidmat bantuan yang penting bagi penjagaan pesakit di hospital. Tugas hakikinya adalah melakukan analisis-analisis makmal serta menghasilkan keputusan-keputusan tepat yang boleh membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit
Syarat Permohonan Juruteknologi Makmal Perubatan (Latihan Separa Perubatan)
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Atau Diploma
- Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Cara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalamPerkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.
Syarat Kelayakan Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:
- 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
- Kolej Juruteknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur
- Kolej Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak
Berikut merupakan Syarat Kelayakan untuk menyertai Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan:
- Warganegara Malaysia
- Umur:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh tutup permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Kelayakan:
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh pihak Kerajaan.
- Keutamaan:
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan dapat memberi faedah buat anda semua. Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan tahun 2018 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.