Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41SPA Beserta Gaji. Sekiranya bidang hospitaliti menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Jururawat (Nurse). Jawatan Jururawat Gred U41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagaiJururawat Gred U41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Jururawat Gred U41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Jururawat adalah seperti berikut:
- Pemulihan anggota badan dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan atau elektrik.
- Merancang program rawatan kepada pesakit agar dapat memberi kesan yang diperlukan.
- Menolong doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
- Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
- Memaklumkan kepadapegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
- Melakukan pesanan bekalan peralatan.
- Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
- Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Tugas Jururawat Gred U41
- Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
- Pemantauan Kejururawatan
- Mengawalselia perawatan dengan menjalankan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
- Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
- Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
- Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
- Kawalan Mutu
- Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
- Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
- Latihan Kejururawatan
- Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.
Kumpulan : Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji Jururawat Gred U41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jururawat Gred U41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2, 429.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 656.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Jururawat Gred U41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Juga telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.(Gaji awal bermula pada Gred U41 iaitu RM2, 429.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Jururawat Gred U41 ini dapat memberi manfaat.