Senarai Tugas Dan Gaji Jurubahasa Serentak Gred N41 SPA. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Jurubahasa Serentak Gred N41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan bahasa menarik minat anda, maka jawatan Jurubahasa Serentak Gred N41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Jurubahasa Serentak Gred N41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan dan jadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Jurubahasa Serentak Gred N41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Jurubahasa Serentak Gred N41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Jurubahasa Serentak Gred N41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Deskripsi Tugas Jurubahasa Serentak Gred N41
Diantara tanggungjawab dan skop kerja Jurubahasa Serentak Gred N41 adalah seperti berikut :-
- Sebagai Setiausaha Bersama bagi Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, melakukan terjemahan serentak ketika mesyuaratDewan Negara dan Dewan Rakyat, menyunting soalan-soalan Dewan Negara, memberi taklimat dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-parlimen (I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O).
Jadual Gaji Jurubahasa Serentak Gred N41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jurubahasa Serentak Gred N41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Parlimen
- GAJI MINIMUM : RM 2,080.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,546.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Jurubahasa Serentak
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Jurubahasa Serentak Gred N41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred N41 iaitu RM2,080.00); atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred N41 iaitu RM 2,283.43);
- berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah secara serentak daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis atau bahasa-bahasa lain yang berkaitan dan sebaliknya.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Jurubahasa Serentak Gred N41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Jurubahasa Serentak Gred N41.