Senarai Tugas Jurubahasa Gred LA29 Beserta Gaji. Bagi lepasan SPM yang sedangmencari pekerjaan. Jawatan Jurubahasa Gred LA29 merupakan di antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Jurubahasa Gred LA29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Jurubahasa Gred LA29 boleh membuatpendaftaran pekerjaan kerajaanmenerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Jurubahasa Gred LA29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Jurubahasa Gred LA29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/ Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.
Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Jurubahasa Gred LA29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jurubahasa Gred LA29.
- GAJI MINIMA : RM 1,513.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,674.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Jurubahasa Gred LA29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Jurubahasa Gred LA29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred LA29 iaitu RM1,513.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. (Gaji awal bermula pada Gred LA29 iaitu RM1,513.00); atau
- diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(Gaji awal bermula pada Gred LA29 iaitu RM1,772.65).
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Ujian Lisan/Dialek :
Calon bagi lantikan Jurubahasa selain Bahasa Melayu hendaklah lulus Ujian Lisan bahasa/dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Senarai Tugas Jurubahasa Gred LA29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Jurubahasa Gred LA29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.