Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U41SPA Beserta Gaji. Sekiranya berkerja dalam bidang kesihatan menarik minat anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Juru X-Ray Gred U41. Jawatan Juru X-Ray Gred U41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juru X-Ray Gred U41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkanpendaftaran pekerjaan di Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juru X-Ray Gred U41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Juru X-Ray adalah seperti berikut:
- Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
- Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
- Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
- Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
- Menggunakanpengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
- Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Fungsi Pengurusan
- Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
- Latihan dan Penyelidikan
- Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
- Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
- Tugas-Tugas Sokongan
- Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.
Kumpulan : Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji Jururawat Gred U41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juru X-Ray Gred U41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2, 429.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 656.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Juru X-Ray Gred U41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred U41 iaitu RM2, 429.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Juru X-Ray Gred U41 ini dapat memberi manfaat.