Sekiranya bidang perubatan menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Juru X-Ray. Jawatan Juru X-Ray Gred U29 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U29 buat rujukan mereka yang berminat.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juru X-Ray Gred U29 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U29 SPA Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juru X-Ray Gred U29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Juru X-Ray adalah seperti berikut:
- Tanggungjawab klinikal
- Aspek pengurusan organisasi
- Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
- Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
- Pendidikan dan latihan
- Teknologi terkini :
- Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
- Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.
Jadual Gaji Juru X-Ray Gred U29
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juru X-Ray Gred U29 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1, 797.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 5,753.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Juru X-Ray Gred U29.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Juru X-Ray Gred U29 ini dapat memberi manfaat.