Deskripsi Tugas Dan Jadual Gaji Akauntan W41. Berikut dikongsikan serba sedikit penerangan tentang Deskripsi Tugas Dan Jadual Gaji Akauntan Gred W41 di sektor perkhidmatan awam (SPA) Malaysia yang dipetik dari Portal Rasmi SPA.
Deskripsi Tugas Dan Jadual Gaji Akauntan W41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Akauntan Negara
Jadual Gaji Akauntan Gred W41 :
GAJI MINIMUM RM1,925.00
GAJI MAKSIMUM RM8,685.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM225.00
Syarat Lantikan :
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]
- Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ]
- Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia.
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ]
- Lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas Akauntan Gred W41 :
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Dan Jadual Gaji Akauntan W41 ini dapat dijadikan rujukan serta panduan buat anda di luar sana terutamanya bagi mereka yang benar-benar meminati dan ingin bekerja dalam bidang perakaunan ini. Semoga berjaya dalam kerjaya yang anda ceburi.