Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Bentara Mesyuarat Gred N29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Bentara Mesyuarat Gred N29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Bentara Mesyuarat Gred N29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Bentara Mesyuarat Gred N29 SPA
Berikut adalah ringkasan tugas skop fungsi dan bidang tugas Bentara Mesyuarat Gred N29 :-
Bertanggungjawab kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Setiausaha Dewan Negara (SUDN), Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) dan Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Dewan (KPSU PD).
Skop Fungsi Dan Bidang Tugas
- Membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) sebelum diedarkan oleh Bentara Parlimen
- Menentukan Bentara Parlimen mengedar AUM kepada pegawai- pegawai bertugas Kementerian pada waktu pagi mulai 7.30 pagi
- Membantu menyelaras di dalam pengurusan dan mentadbir hal-hal pentadbiran harian dan latihan anggota-anggota cawangan Bentara
- Membantu mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat
- Mengendalikan program lawatan khususnya pelajar-pelajar sekolah serta memberi taklimat kepada mereka
- Membantu dalam penyelarasan hal-hal Personel Cawangan Bentara
- Membantu menyelaraskan pengendalian pengurusan kualiti dan ISO untuk Cawangan Bentara
- Bersedia ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan (LO), Pembantu Pegawai Keselamatan (APSO) kepada ketua-ketua delegasi asing yang menghadiri persidangan-persidangan seperti AIPO, CPA, AFPPD dan PUIC Anjuran Parlimen Malaysia serta mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang lain.
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji Bentara Mesyuarat Gred N29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Bentara Mesyuarat Gred N29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Bentara Mesyuarat Gred N29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian syarat lantikan serta skop kerja/ gaji Bentara Mesyuarat Gred N29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong di SPA dan diucapkan semoga berjaya.