Deskripsi Tugas Arkitek Gred J41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja sebagai seorangarkitek? Apakah anda ingin tahu tentang deskripsi tugas Arkitek Gred J41 beserta tangga gajinya? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Arkitek Gred J41 SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Arkitek Gred J41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosongsebagai Arkitek Gred J41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Arkitek Gred J41 Dan Gaji
Secara asasnya, seorang Arkitek Gred J41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
- Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek(project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
Maklumat jawatan Arkitek Gred J41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Arkitek Gred J41
- Gaji Minimum : RM2,529.00
- Gaji Maksimum : RM9,643.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan Arkitek Landskap Gred J41
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Arkitek Gred J41.
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- (a) warganegara Malaysia;
- (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- (c) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred J41 iaitu RM2,736.28).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkatSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
ii. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Arkitek Gred J41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua.