Contoh Surat Pengesahan Jawatan Terbaik Dan Mudah. Panduan buat pekerja yang ingin menulis surat Pengesahan Majikan dan Jawatan. Bagaimanakah bentuk contoh surat pengesahan majikan? Pengesahan majikan bererti pengesahan terhadap seseorang pekerja yang bekerja di dalam sesebuah syarikat. Surat tersebut memaparkan maklumat pekerja, jumlah gaji, jawatan, tempoh perkhidmatan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin tahu apa itu surat pengesahan jawatan pula, ia adalah satu proses pengesahan lantikan seseorang pekerja (job confirmation) yang bersetuju untuk menerima tawaran pekerjaan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat-syarat tawaran pekerjaan.
Pengesahan jawatan biasanya dalam tempoh sebulan hingga 6 bulan dan lebih lama bergantung pada prestasi pekerja. Berikut dikongsikan Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Terbaik yang mudah dan ringkas.
Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Terbaik Dan Mudah
Berikut adalah diantara contoh surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Terbaik Dan Mudah :-
Surat Pengesahan Jawatan Contoh 1
PENGURUS
XYZ SDN BHD,
80200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
Tuan,
PERKARA : PENGESAHAN JABATAN PENGURUS
Nama: Ali Bin Ahmad
No. K/P: xxxxxx-xx-xxxx
Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut:
I. Telah berkhidmat selama 10 tahun.
II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2006.
III. Gaji : RMxxx
Elaun Tetap : RMxxx
IV. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman atau dakwaan terhadap beliau. Beliau juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.
MAJIKAN
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Surat Pengesahan Jawatan Contoh 2
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 8, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 PUTRAJAYA
Tuan,
SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN
Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat …………………………………………………………………………………………………………………. Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:
- Nama :
- No. Kad Pengenalan :
- No. Pekerja/No. Gaji :
- Tarikh Mula Berkhidmat : (hh/bb/tt)
- Tarikh Meletak Jawatan : (hh/bb/tt)
- Jawatan :
- Bahagian :
- Status Jawatan : (Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan)
- Gaji Pokok :
- Gaji Pokok : (termasuk elaun)
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)
Nama dan cop syarikat.
Surat Pengesahan Jawatan Contoh 3
Tarikh: xxxxxxxxxx
Kepada yang berkenaan,
Tuan/Puan,
PERKARA : PENGESAHAN PEKERJA ALI BIN AHMAD
Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, ALI BIN AHMAD, No kad pengenalan: NO KP adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran) dan telah bertugas sejak dari tahun 2010 sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM 1496.03.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
PENGURUS BESAR SYARIKAT
Surat Pengesahan Jawatan Contoh 4
SURAT PENGESAHAN PEKERJA ALI BIN AHMAD
XYZ SDN BHD,
80200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
NO. TEL:
Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, ALI BIN AHMAD, No kad pengenalan: NO KP telah bertugas sejak dari tahun 2010 di XYZ SDN. BHD sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM 1496.03.
(NAMA PENGURUS)
JAWATAN
XYZ SDN BH
Diharap agar perkongsian senarai contoh surat pengesahan majikan dan jawatan yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya. Diharap agar anda terus berjaya dalam kerjaya anda.