Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah. Pelajar PT3 Tingkatan 3 tahun 2017 adalah dikehendaki untuk membuat tugasan/ kerja kursus tentang “satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda”. Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah? Tajuk tugasan tahun 2016 adalah berkaitan dengan bangunan bersejarah.
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
Untuk panduan pelajar, berikut dikongsikan maklumat Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah untuk panduan pelajar.
Petikan berikut menerangkan konsep perisitiwa bersejarah :-
Perisitiwa bersejarah mempunyai fakta yang tepat dan bermakna kepada masyarakat setempat dan negara kita
Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Tahun 2003
Panduan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :-
a) Tajuk Kajian
b) Nama penulis
c) Isi kandungan
- i) Pengenalan – menjelaskan latar belakang persitiwa bersejarah di tempat anda
- ii) Menerangkan faktor berlakunya perisitiwa bersejarah
- iii) Menerangkan perisitiwa bersejarah secara kronologi
- iv) Menilai kesan/ impak perisitiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara
- v) Menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada perisitiwa bersejarah
d) Rumusan
e) Sumber Rujukan
f) Membentangkan kaporan hasil kajian
Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
Langkah permulaan dalam membuat tuagasan adalah dengan pelajar memilih peristiwa bersejarah yang ingin dikaji.
Tajuk Kajian Yang Bersesuaian
Diantara tajuk lain yang bersesuaian adalah seperti berikut :-
- Perisitiwa, bencana alam atau tragedi seperti tanah runtuh, banjir besar, kemarau dan kemalangan maut yang meragut banyak nyawa. Contoh : Banjir besar di Kota Tinggi. Juga seperti peristiwa bersejarah : Pembunuhan JWW Birch, Perang Larut, Perang di Sungai Manik
- Peristiwa yang berlaku di sekolah seperti Hari Sukan, Walkahton, Minggu Kokurikulum, Hari Guru, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Koperasi Sekolah
- Penganjuran acara besar-besaran seperti Penganjuran Islamic Bike Fest, Lumba basikal Le Tour De Langkawi, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Festival Layang-Layang.
- Acara, kegiatan, aktiviti, sambutan yang diadakan di kawasan kajian seperti festival, pertandingan, gotong-royong, pembinaan masjid, majlis perasmian dan kejohanan sukan. Contoh : Pembinaan Menara Jam Kulim. Kesan Pembukaan Tol
- Langkah seterusnya setelah mengenal pasti peristiwa bersejarah dan kawasan yang dipilih adalah :- Mengolah sendiri tajuk tugasan agar sesuai dengan kehendak tugasan dan dapat menggambarkan hasil kajian calon secara kasar. Kredit http://funcrayons.blogspot.my/
Contoh Jawapan Kerja Kursus Peristiwa Bersejarah
Berikut dikongsikan contoh jawapan kerja kursus Sejarah PT3 2017 berkaitan peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Tajuk yang dikongsikan adalah Pengisytiharan Putrajaya Sebagai Wilayah Persekutuan Malaysia.
[pdf-embedder url=”https://www.jawatankosong.net/wp-content/uploads/2017/05/Contoh-Tugasan-Sejarah-PT3-2017-PERISTIWA-BERSEJARAH-DI-TEMPAT-TINGGAL-ANDA-updated-29-APR-2017.pdf”]
Kredit Andrew Choo
Selamat membuat tugasan Sejarah PT3 2017. Semoga anda dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.