This company has no active jobs
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka. Kepesatan pembangunan aktiviti petroleum dan gas di kawasan Kerteh, Kemaman yang bersempadan dengan kawasan Paka, Dungun telah memberikan impak pembangunan kepada Daerah Dungun secara langsung dan meningkatkan pembangunan berbentuk ekonomi dan fizikal di kawasan Dungun. Senario ini menyokong kepada kenaikan taraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran. Bandar Kuala Dungun merupakan pusat pentadbiran dan bandar utama. Selain dari itu terdapat sebuah lagi bandar iaitu Pekan Paka. Mesyuarat MMKN bertarikh 15 Ogos 2007 telah bersetuju menaiktaraf MAJLIS DAERAH DUNGUN kepada MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN mulai 1 Januari 2008.
Majlis Perbandaran Dungun (MPD)
Visi
Ke arah melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan perbandaran yang cekap, cemerlang dan dinamik
Misi
Menjadikan MPD sebuah Pihak berkuasa tempatan yang berupaya meningkatkan pertumbuhan perbandaran ke arah keselesaan dan kesempurnaan kehidupan warga Dungun
Hubungi
Sila klik disini http://mpd.terengganu.gov.my