Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) has posted 1 job
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum itu kuasa penjagaan diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Visi
Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah
Misi
Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh
Hubungi
Sila klik http://www.maiwp.gov.my