Lembaga Air Kuching2847 views

Lembaga Air Kuching

Lembaga Air Kuching ditubuhkan pada tarikh 1 Januari 1959, oleh pihak berkuasa Lembage Air Kuching. Order 1.959 Notis No S.12 1959, yang dibuat berdasarkan Bahagian 2 dan 3 dari Ordinan Bekalan Air, untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching dari Jabatan Kerja Raya Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air yang sedia ada (Sarawak Cap. 141) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada 1 Januari 2001, Lembaga telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching, 2001.  Lembaga Air Kuching adalah “non-profit oriented” dan merupakan organisasi perkhidmatan awam yang ditujukan semata-mata untuk tujuan memberi bekalam air yang baik dan bersih kepada  pelanggan di bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya.

Lembaga ini bertanggung jawab untuk pentadbiran, pengurusan dan pengawasan segala kerja berkaitan dengan air dalam kawasan bekalan dan dasar Lembaga adalah melanjutkan paip utama dan membangunkan kemudahan lain, untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi dan kualiti bekalan air terawatt yang dipercayai sepenuhnya dalam kawasan bekalan. Sistem bekalan air mematuhi dan mengikuti semua aspek keperluan moden dan pembangunan yang disediakan untuk memenuhi unjuran pertumbuhan permintaan.

Lembaga Air Kuching telah beroperasi sebagai sebuah organisasi milik kerajaan bebas semenjak penubuhan Lembaga pada tahun 1959. Lembaga ini mempunyai pejabat kerja, loji rawatan air, kerja-kerja bekalan air lain yang berkaitan. Selain itu mereka juga mempunyai banyak bengkel, stor dan kemudahan perngangkutan sendiri.

Lembaga Air Kuching

Visi

Untuk menjadi Agensi Bekalan Air yang berdedikasi dan dinamik dengan budaya dan nilai yang cemerlangan didorong dengan prestasi yang berorientasikan keinginan untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pengguna.

 Misi

Menyediakan bekalan air yang berkualiti serta mencukupi dan juga boleh dipercayai. 

Hubungi

Sila klik disini  http://www.kwb.gov.my

 

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives