Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)6996 views

This company has no active jobs

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama. Iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan. Meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).  Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab. Dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK. Manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.

Pada tahun 2012, KPPK telah melakukan penjenamaan semula. Dengan singkatan nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan kini ia dikenali sebagai MPIC.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)

Visi

Untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bagi sektor komoditi dan sebagai pengeluar utama  nilai tambah  yang lebih tinggi berasaskan komoditi dalam pasaran global.

Misi

Untuk memastikan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dalam industri berasaskan komoditi dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara.

Hubungi

Sila klik  http://www.kppk.gov.my/mpic

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives