Bank Rakyat has posted 1 job
Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM92.29 bilion berakhir Disember 2015.
Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak 2002 telah menjayakan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun.
Kami terus mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan yang pelbagai serta inovatif. Ia meliputi perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan dan pelaburan. Tidak dilupakan juga produk perancangan kewangan bagi memenuhi keperluan pelbagai spektrum pelanggan masa kini.
Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Kami terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda.
Bank Rakyat
Kami adalah Bank Islam yang progresif di Malaysia melihat mengukuhkan kedudukan kami sebagai pembekal utama produk perbankan patuh Syariah. Kami kini merekrut untuk pengalaman kewangan Islam profesional untuk mengisi jawatan berikut.
Hubungi
Sila klik di sini: http://www.bankrakyat.com.my/khidmat-pelanggan