Cara Mudah Memohon Kerja Di Jobstreet
Disini kami kongsikan kepada anda cara untuk setup profile Jobstreet anda dengan betul.
- Koleksi resume terbaik dalam pelbagai bidang pekerjaan klik TIP RESUME
Persediaan utama yang anda perlu lakukan
- Gambar Professional anda.
- Resume.
- Maklumat Pendidikan.
- Facebook/Email (mereka yang baru).
Kemudian langkah seterusnya yang anda perlu lakukan ialah :
- Login
-Login atau register di laman JobStreet.my selepas itu anda boleh click pada bahagian update profile.
- Experience
-Dibahagian ini sila pastikan anda memberikan segala maklumat yang diminta dengan lengkap berserta dengan penerangan.
-Pastikan anda membuat pemilihan Experience dengan betul, pemilihan ini amat penting untuk Jobstreet.my gunakan bagi memilih jawatan yang sesuai untuk anda.
- Education
-Dibahagian ini sila pastikan anda berikan maklumat penuh pendidikan anda kerana jika anda baru sahaja menamatkan pengajian “fresh graduate” maklumat education ini sangat penting tetapi jika anda sudah berpengalaman dan sudah lama berkerja maka bahagian Experience adalah penting untuk anda.
- Skill
-Bahagian ini adalah antara perkara utama yang dilihat oleh majikan ketika melihat profile jobstreet anda. Jika skill yang anda pamerkan di jobstreet diperlukan untuk jawatan itu maka mereka akan mula melihat info-info yang lain tentang anda jadi pastikan anda masukkan skill anda dengan betul dan tepat.
- Languages
– Pastikan juga anda mengambil ujian JELA yang ditawarkan oleh jobstreet untuk menilai tahap penguasaan anda dalam bahasa inggeris. Selain itu sila nyatakan penguasan anda dalam dalam bahasa-bahasa lain ini boleh menarik minat majikan.
- Upload Resume
-Sila pastikan anda upload resume terkini anda dan jangan lupa pastikan anda tukar gambar profile jobStreet anda kepada lebih professional.
Penulisan bahagian PITCH
Dalam membuat permohonan secara online dengan menggunakan laman sesawang Jobstreet, penulisan dibahagian PITCH dengan baik adalah sangat penting. Ini kerana bahagian ini dapat menarik perhatian majikan membaca permohonan anda. Sekiranya Pitch yang anda hantarkan itu bagus dan menarik sudah tentu anda dapat menarik minat majikan anda untuk membaca profile jobstreet anda sepenuhnya sekaligus memberi peluang yang cerah untuk anda dipanggil untuk ditemuduga.
Tips menulis PITCH di Jobstreet
Disini kami kongsikan kepada anda tips dan cara menulis Pitch dengan baik yang boleh menarik perhatian majikan untuk menerima permohonan anda.
- Semasa menulis Pitch ini perkara yang harus anda tahu adalah kelebihan diri anda jika anda diterima untuk mengisi jawatan itu . Jadi sebelum anda menulis 300 patah perkataan yang diberikan anda hendaklah mengkaji terlebih dahulu jawatan yang anda ingin mohon dan bagaimana kelebihan dan kemahiran anda diperlukan untuk jawatan yang anda pohon.
- Jika anda seorang fresh graduate jangan letakkan gaji yang terlalu tinggi dan tidak bersesuaian dengan status dan pengalaman bekerja anda.
Diharapkan dengan sedikit tips yang kami kongsikan ini dapat membantu anda mendapat pekerjaan yang anda inginkan dan terus maju jaya dalam kehidupan.